Tuesday, 24 April 2012

New Life Changing Experiences

Assalamualaikum cinta,
Waalaikumusalam rindu. 

Kalau dikira tambah tolak bahagi darab , hampir sebulan lebih juga aku dekat uitm ni, UiTM dihatiku. Terpaksalah mengaku syg,cinta,rindu uitm ni sbb disinilah aku menimba ilmu yg masih kurang dan tak akan pernah cukup bak kata org kan.Nanti tak berkat pulok. haihh. so bila dah masuk alam persekolahan baru ni byklah pengalaman,benda baru aku belajar dan disinilah bermulanya perjalanan aku di Shah Alam



okay, sebelum cerita pasal degree ni. dulu aku ambil diploma dekat kolej Unikop iaitu kolej bersekutu UiTM, haa mesti anda semua tak pernah dengar kan, sbb sbb sbb tak famous pon macam Lim Kok Wing tuh. haha. Tapi kononnya kolej terbaik bersekutu uitm. betul ke tidak? aku pon tak pasti yang penting aku dapat buat diploma tapi yang aku tahu untuk Diploma in  accountancy mmg pernah dapat anugerah kolej terbaik la. ok sambung cerita jadi bila dah nama pon kolej kena byr lebih sikitlah kan tapi semua benda pon kami 'disuap' , tempat tinggal dengan kolej pon dekat je, jalan kaki 3mins dah sampai. serious tak tipu ! bayangkan kelas pukul 9 pagi, pukul 9.10 pon masih terhegeh-hegeh jalan sbb ktorang dah tahu lecturer akan masuk lambat punya kan. haha. Tempat makan pula mmg senang juga, semua kawasan situ je tak payah nak tahan teksi ke bas ke beca ke semua depan mata je kedai-kedai tuh semua. Jadi, nampakkan kesenangan disitu dan masa diploma aku bawa kereta aku yg sgt comel tu. tapi tapi tapi  bila dah degree ni. Ya Allah, susahnya nak terima 'environment' dekat sana.
Jadi , marilah kita mulakan dengan pengalaman perubahan kehidupan baru di uitm shah alam


NEW LIFE CHANGING EXPERIENCES AT UiTM SHAH ALAM
okay, bila dah bold siap merah lagi. Itu bermakna mmg 'challenging' di sana. 

DEGREE IS 'MUCH EASIER' THAN DIPLOMA,THEY SAID
DEGREE WILL BE 'LESS STRESSFUL' THEY SAID.
AND I SAID 'HAMPA SEMUA PENIPU ! MANA ADA SENANG
DAN PALING PENTING SANGAT STRESS OK !

Untuk hari pertama, kami diberi maklumat sbg pelajar baru kami dikehendaki menghadiri satu taklimat pada jam 9 pagi di fakulti. Masalahnya, dimanakah fakulti kami ? bagaimanakah kami nak ke sana? ini semua menjadi tanda tanya. Kami 'freshie' eee, geram betul kalau ada org sebut 'freshie2' ni. FYI, dulu korang pon freshie juga kan? kan? kan? lempang laju-laju nak? Jadi malam sebelum itu, ajak lah sorg kawan ni tunjuk macam mana nak pg ke fakulti. Dipendekkan cerita kami dikehendaki berjalan kaki lebih kurang dalam 1.3 km ke padang kawad dimana disitulah bas akan menunggu setia pelajar-pelajar yang terpaksa menaiki bas ni. okay! lupa nak bagitahu mulai sem ini, pelajar kolej diharamkan membawa kenderaan. HARAM ! kejam kan ayat. ok, dilarang sebenarnya. Jadi,sebab itulah kami terpaksa menaiki bas dan bila dah naik bas tu adalah dalam 10 mins juga untuk sampai ke fakulti. 
Kesimpulannya disini kalau kelas pukul 8.30 pagi bangun pukul 7.45 pagi, mmg kirim salam rindu jela dekat lecturer tu. Begitulah hari-hari aku disana ke kelas dari pukul 8.30 pagi sampai 6 ptg. fuhhhh ! Kadang-kadang lecturer boleh nk buat kelas ganti 'lunch hour' bayangkanlah betapa...silalah bayangkan ! aku dah tak mampu nak bayangkan sbb kena dekat diri sendiri. STRESS! dan lagi stress bila dah sampai kelas pagi, kelas CANCEL! pfhtttttt tak terkata . Eh, lupa kami ada juga tersalah naik bas, bas tu keluar dari  uitm dulu pergi ambil budak intec dekat seksyen 17. Keje gilo namanya tuh kan dan kebetulannya kelas haritu habis pukul 6, cuba teka pukul berapa aku sampai kolej, cepat teka ! pukul 8 malam ye, gigih tak aku dekat uitm? haaa, rasa nak menangis air mata darah dah aku masa tu, aku dah la ada sakit tulang belakang. Ya Allah, tuhan je tahu perasaan dan kesakitan yg aku alami masa tu. Dalam minggu pertama tu masing-masing masih terpinga-pinga dgn pengecualian kredit,hantar maklumat diri,maklumat kesihatan, jadual clash dan sbgnya. Minggu pertama je dah cukup stress sebab semua benda jauh-jauh dan kami tidak ada sebarang kenderaan mahupun beca.  Stylekan naik beca pg fakulti pastu sampai bukit kau tolak lah sendiri ,silap-silap tak ternaik kau bukit tu ila. HAHA. Tapi syukur alhamdulillah semua itu telah selesai dalam minggu pertama juga walaupun teramat sangat penat,dah teramat sangat pulak. mmg gagal BM aku kalau ambil SPM ni. hukhuk.
cerita pasal bab makanan, sesungguhnya mmg tak sedap tapi nak buat macam mana hanya disitu sahaja tempat aku untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air. haha. Inilah dia DATARAN CENDIKIAWAN (DC), kebetulan ada kelab kebudayaan buat persembahan malam tu,aku pon tgk lah kejap :)


Rasanya kalau pasal assignments, presentations,tutorial semua tu tak perlu ceritalah sememangnya sebagai seorang pelajar tidak akan lari dari semua itu yang penting dapat bahagikan masa dengan baik,ayat minta pelempang. haha. Sebulan dekat uitm dah berapa byk air mata aku dh rugikan. Jujurku akui, aku tak mampu nak cintakan uitm buat masa tu. HAHA. Tapi masa berlalu dengan begitu pantas, dan pantas juga aku harus mengejar masa itu dan terima semua cabaran dan dugaan ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada rakan-rakan dan teman rapat yang sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat pasal aku dekat sana, sbb tu orang kata kawan biar seribu , cinta nan satu :) , oleh itu, aku masih dalam proses untuk menerima keadaan di uitm yang harus aku tempuh untuk 2 tahun setengah lagi. Insyaallah, semoga semuanya akan berjalan dengan lebih baik dan dipermudahkan. amin :)





MORAL OF THE STORIES:

SABAR
TABAH
HARUS KUAT 
LEBIH BERDIKARI 
JAGA MAKAN MINUM DGN BAIK
JANGAN CEPAT PUTUS ASA
REDHA DAN TERIMA DENGAN HATI TERBUKA
BERSYUKUR 


muchh love ,
honeyrara


No comments:

Post a Comment